Monday, February 18, 2013

PELAKSANAAN PROGRAM NILAM UNTUK MURID TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 2013

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah menjalankan Program NILAM untuk semua murid. Program ini merupakan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertujuan untuk membina tabiat membaca dalam kalangan semua murid.

Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama tuan/puan untuk memberikan galakan dan motivasi yang sewajarnya dalam memastikan murid-murid memanfaatkan waktu terluang dengan membaca. Usaha ini secara tidak langsung akan membantu pihak sekolah memupuk minat membaca selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang cintakan buku.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Info berkaitan program NILAM, sila klik di sini.

Wednesday, February 6, 2013

KETERANGAN PELAKSANAAN PROGRAM NILAM

PUSAT KEGIATAN GURU
  • Mengumpul data pada bulan Mei dan Oktober.
  • Membuat analisis pencapaian bacaan pelajar.
  • Menghantar data sekolah ke BTPN.
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA
  • Menyediakan bahan bacaan.
  • Mengagihkan buku secara pinjaman berkelompok.
  • Menyelaras penyimpanan dan pengeluaran Buku Rekod Membaca.
  • Membantu Penyelaras Program NILAM menjalankan aktiviti galakan membaca.
GURU PENYELARAS NILAM
  • Memberi taklimat kepada pelajar.
  • Menyelaras aktiviti galakan membaca yang memperkukuh program NILAM.
  • Memastikan pelaksanaan program NILAM berjalan lancar melalui pemantauan.
  • Menyelaras pengurusan data (pengisisan, pengumpulan dan analisis).
KETUA PANITIA DAN GURU KELAS
  • Memastikan setiap pelajar memiliki buku rekod bacaan NILAM.
  • Menyemak buku rekod bacaan murid pada setiap bulan.
  • Memastikan jadual waktu program NILAM ada dipamerkan di kelas masing-masing.
  • Mengumpul data bacaan kelas masing-masing.
PELAJAR
  • Memiliki buku rekod bacaan program NILAM dan mencatatkan sinopsis buku yang dibaca.
  • Menyerahkan buku rekod bacaan untuk disemak oleh guru kelas.

Tuesday, February 5, 2013

WARNA-WARNI PELANCARAN NILAM 2013














PROGRAM NILAM 2013

PENGENALAN

NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan semua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang bersesuaian. Program NILAM mula dilaksanakan dengan rasminya pada tahun 1999 berdasarkan surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998 : Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

MATLAMAT
Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar.

OBJEKTIF
  1. Menjadikan murid banyak membaca.
  2. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
  3. Melahirkan lebih ramai golongan pelajar yang cintakan bahan bacaan.
TAHAP PELAKSAAN DAN PENGIKTIRAFAN NILAM

TAHAP JAUHARI
Merupakan aktiviti menggalakkan murid menambah bilangan bacaan sama ada di sekolah rendah atau menengah. Pelajar sekolah rendah perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan dan pengiktirafan berikut :

Jumlah buku dibaca
Pengiktirafan
  80 – 179
Gangsa
180 – 269
Perak
270 – 359
Emas
360 ke atas
NILAM

TAHAP RAKAN PEMBACA
Setelah membaca 100 buah buku, murid layak memasuki Tahap Rakan Pembaca.Murid menjalankan aktiviti bercerita, membaca bersama, bicara buku bersama rakan, keluarga dan jiran. Pemarkahan dan pengiktirafan Tahap Rakan Pembaca :

Jumlah buku dibaca
Pengiktirafan
100 – 199
Gangsa
200 – 299
Perak
300 – 399
Emas
400 ke atas
NILAM