Monday, October 28, 2013

PEMILIHAN PENGAWAS PSS 2014

Perhatian kepada semua guru kelas,

Pemilihan Pengawas PSS bagi tahun 2014 sedang dilakukan. Guru kelas diberi tanggungjawab untuk mencalonkan nama-nama murid yang berkelayakan untuk menjawat jawatan tersebut. Calon mestilah seorang yang bertanggungjawab, berdisiplin, berkarisma dan suka akan buku. Kriteria utama adalah bagi murid yang mempunyai rekod membaca yang banyak. Selebihnya terserah kepada budi bicara guru kelas.

Senarai nama calon yang diberikan oleh guru kelas kepada guru PSS akan disaring oleh Jawatankuasa PSS untuk pemilihan yang muktamad. Jika berjaya, calon akan diberi tempoh percubaan untuk melihat sikap kebertanggungjawaban mereka melaksanakan tugas yang diberikan oleh guru PSS. Selain daripada itu, mereka akan diberi tugas semasa seperti menyusun buku, mengendalikan kaunter pemulanngan dan pinjaman buku dan mengemas perpustakaan.

Jadi, kepada semua murid yang merasakan diri mereka layak untuk menjawat jawatan tersebut, sila beri nama kepada guru kelas masing-masing untuk pencalonan. Pencalonan adalah terbuka kepada murid Tahun 2, 3, 4 dan 5 sahaja.

PENUTUPAN SEMENTARA PSS

Makluman kepada semua pengguna PSS SKS2BK,

Perpustakaan SKS2BK akan ditutup mulai hari ini sehingga diberitahu. Tujuan penutupan Perpustakaan SKS2BK adalah untuk kerja-kerja mengemaskini stok buku. Pengiraan stok buku perlu dilakukan sebagai persediaan pembelian stok buku baharu pada tahun hadapan.

Segala kesulitan amat dikesali.