Friday, March 29, 2013

PAMERAN BUKU DAN KOMIK

Sempena cuti sekolah yang akan berakhir pada hujung minggu ini, marilah bersama-sama keluarga, kita berkunjung ke IOI Mall, Bandar Putra, Kulai, Johor Darul Takzim. Di sana sedang diadakan pameran buku dan komik di ruang legar pusat membeli-belah tersebut. Banyak acara yang diaadakan antaranya seperti jualan muruh, buku terbaru dan eksklusif dan promosi hebat e-book.

Semasa pameran itu juga akan ditampilkan karektor kartun Boboiboy dan Yaya. Mereka akan menganjurkan pameran mewarna serta sesi bergambar dan jualan barangan Boboiboy. Jadi janganlah lepaskan peluang ini untuk beramah-mesra dengan Boboiboy dan Yaya yang akan berakhir pada 31 Mac 2013 (Ahad) ini. Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang www.ioimall.com.my