Thursday, April 18, 2013

PENGGUNAAN KAD AUTOMASI PUSAT SUMBER SEKOLAH

Dimaklumkan bahawa bagi melancarkan urusan pinjaman buku oleh murid-murid di perpustakaan, pihak Pusat Sumber Sekolah akan melaksanakan penggunaan Kad Automasi bagi setiap murid. Sistem ini juga digunakan bagi memudahkan urusan Guru Penyelaras dalam proses tersebut.

Sehubungan dengan itu, semua murid Tahun 3 hingga Tahun 6 dikehendaki membeli kad tersebut dengan harga RM3.00 sekeping. Bayaran boleh dibuat melalui guru kelas anak tuan/puan masing-masing mulai 22 April 2013.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Tuesday, April 9, 2013

PEMENANG ANUGERAH NILAM BAGI BULAN MAC 2013




























PEMASANGAN KOMPUTER KAUNTER PENDAFTARAN


Kaunter Pendaftaran PSS SKS2BK kini bertambah canggih dengan kehadiran 3 unit komputer peribadi. Kesemua unit komputer tersebut adalah komputer gunasemula yang diberikan oleh Unit ICT SKS2BK. Walaupun komputer tersebut adalah komputer gunasemula, ia telah diformat semula untuk disesuaikan untuk kegunaan PSS. Komputer tersebut akan digunakan untuk tujuan pendaftaran, pinjaman dan pemulangan buku-buku di perpustakaan.

Ini adalah penambahbaikan yang dibuat di PSS SKS2BK untuk tujuan pengautomasian pusat sumber. Selain daripada itu, ini adalah satu batu loncatan bagi PSS dalam mendapatkan penghargaan sempena Anugerah Kualiti di peringkat PPD Petaling Perdana. Dengan usaha semua pihak yang bersungguh-sungguh dapat membantu melonjakkan mutu perkhidmatan PSS kepada semua warganya. Semoga segala usaha yang dicurahkan dapat dimanfaatkan oleh semua warga SKS2BK.

Sunday, April 7, 2013

PENYAMPAIAN HADIAH PROGRAM NILAM MAC 2013

Pada hari ini Pusat Sumber SKS2BK telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Program NILAM Mac 2013. Hadiah telah disampaikan oleh En. Mohamed Salem bin Fazal Deen selaku Guru Penolong Kanan Kurikulum SKS2BK. Seramai 28 orang penerima hadiah telah menerima hadiah masing-masing mengikut kelas. Selain daripada itu, majlis juga telah mengumumkan Pembaca Terbanyak sehingga bulan Mac 2013. Pembaca Terbanyak telah diberikan kepada adik Dian Fitriya bt. Ahmad Murdajit dari kelas 4 Kejora. Beliau telah membaca sebanyak 273 naskhah buku.

Berikut adalah senarai pemenang sehingga bulan Mac 2013 : -

Bil
Nama Penuh
Kelas
1
SOFEA BT MD SUHAIRI
1 LINUX
2
NOR RIDZUANA BT KADER IBRAHIM
1 NOVELL
3
MD AFIF SYAHMI B. ZAINI
1 UNIX
4
EMI AMIRUL FAHMI B. MD SAYUTI
1 WINDOWS
5
NUR IRDINA BALQIS BT. YUSMAINI
2 ALFA
6
NUR AYDA BATRISYA
2 BETA
7
NUR AWATIF BT. MD LANI
2 GAMMA
8
HARATHI A/P SADAYAN
2 LAMBDA
9
AFIQ SAIFULLAH B. NOR TAZUDIN
2 SIGMA
10
THARINI A/P GUNALAN
3 ARGENTUM
11
LAYSHVEENA A/P PRABAKARAN
3 FERUM
12
MD AZHAN IRSYAD B. ZULKIFLI
3 KUPRUM
13
HADI B. AZMEE & NIK AIMAN IQMAL
3 PLATINUM
14
NURIN AINI BT. MD FIRDAUS
3 STANUM
15
SAIDATUL NUR AISYAH BT. AZMAN
4 KEJORA
16
MD NUR AIMAN B. KHAIRUL ANUWAR
4 NEPTUNE
17
NURUL HANIS BT. MD KHAMIZOLAIL
4 PLUTO
18
FARAH ALLISSA PUTRI NAZRI
4 MARIKH
19
MD HAFIEZ B. NORASWAN
4 UTARID
20
WAN NOORAFIQAH BT. WAN ABDILLAH
5 ANGGERIK
21
AIN KHAIRIENA BT. ABD HALIM
5 JASMIN
22
MD AIMAN NAIM B. MD ANIP
5 KENANGA
23
CHRISTY YU JIE XUAN
5 MAWAR
24
MD ZAFRAN B. ZAID
5 SEROJA
25
NURUL IZZATI BT. HASNI
5 BERLIAN
26
MD AZWAN B. MD HALIM
6 DELIMA
27
NATASHA BT. MD SHAFIE
6 INTAN
28
NAZRATUL AZLIN BT. SUZAIDY
6 MUTIARA


Saturday, April 6, 2013

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2013


Pesta Buku Antarabangsa 2013 kembali lagi buat kali yang kedua setelah pertama kali diadakan pada bulan Januari yang lalu. Kemeriahannya tersohor seantero Malaysia. Pesta ini akan berlangsung sekali lagi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Ia akan berlangsung bermula pada 26 April sehingga 5 Mei 2013. Jadi, janganlah lepaskan peluang ini untuk hadir bersama ahli keluarga, sahabat handai dan teman-teman bagi memeriahkan lagi pesta tersebut. Marilah kita bersama-sama memilih dan mendapatkan buku-buku yang menarik pada harga yang berpatutan. 

Dapatkan potongan harga yang diberikan oleh syarikat-syarikat penerbitan buku pada pesta tersebut. Jangan lupa dapatkan tandatangan penulis-penulis terkemuka serta bergambar bersama-sama penulis, pelukis dan karektor kartun seperti Upin & Ipin dan beberapa karektor kartun yang seangkatan dengannya. Kepada adik-adik jangan lupa mencatat bahan bacaan adik-adik ke dalam buku NILAM sebagai bukti yang adik telah membaca buku-buku yang telah dibeli. Marilah sama-sama kita membudayakan amalan membaca kerana membaca itu jambatan ilmu.

Maklumat lanjut berkaitan pesta buku tersebut, sila layari laman sesawang di bawah :
http://www.pwtc.com.my/

Tuesday, April 2, 2013

SMART KID 2013

Smart Kid 2013 akan diadakan bermula 19 April - 21 April 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Pameran yang berlangsung selama 3 hari ini akan memberi peluang kepada semua kanak-kanak pintar untuk menunjukkan bakat masing-masing. Banyak syarikat yang akan turut sama di dalam pameran ini untuk mencari bakat-bakat baharu di samping memperkenalkan produk-produk keluaran syarikat masing-masing. Selain daripada itu terdapat juga pertandingan-pertandingan lain yang akan diadakan semasa pameran ini sedang berlangsung. Marilah beramai-ramai menyaksikan pameran tersebut untuk mendapatkan pelbagai maklumat tentang kanak-kanak pintar ini. Jumpa nanti di sana!!!

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman sesawang berikut :