Sunday, July 28, 2013

PEMENANG ANUGERAH NILAM BAGI BULAN JUN 2013

Nama Penuh
Kelas
Jumlah Buku
SOFEA BT. MD SUHAIRI
1 LINUX
70 naskhah
NUR IRDINA BALQIS BT. YUSMAINI
2 ALFA
241 naskhah
THARINI A/P GUNALAN
3 ARGENTUM
129 naskhah
NUHA ALIA BT. AMIR AZLAN
4 KEJORA
30 naskhah
WAN NOORAFIQAH BT. WAN ABDILLAH
5 ANGGERIK
134 naskhah
NATASHA BT. MD SHAFIE
6 INTAN
64 naskhah

Tahniah diucapkan kepada mereka semua kerana telah berjaya merangkul anugerah masing-masing. Kepada mereka yang tidak berjaya, usah putus asa. Rezeki anda masih belum tiba. Cuba tingkatkan lagi usaha membaca anda dan jangan lupa untuk mengisi maklumat buku yang telah dibaca di dalam Buku NILAM masing-masing.

Tuesday, July 16, 2013

LANTAI PERPUSTAKAAN GELEMBONG

Perpustakaan adalah tempat di mana semua buku cerita dan ilmiah ditempatkan. Baru-baru ini, SKS2BK dikejutkan dengan peristiwa lantai perpustakaan menggelembong dengan sendirinya. Peristiwa ini berlaku kurang lebih pada pukul 11:00 pagi semalam (16/7/2013). 

Pada mulanya, lantai terbabit berbunyi seperti merekah. Lama- kelamaan ia merebak ke sebelah dinding yang bertentangan. Ada bahagian-bahagian yang menggelembong tadi telah pecah. Keadaan ini amat membahayakan para pengguna. Justeru itu, perpustakaan akan ditutup buat sementara waktu sehingga perkara ini disiasat dan dibaiki.

Sehubungan dengan itu, murid-murid dinasihatkan agar tidak pergi ke perpustakaan untuk meninjau tempat terbabit. Dikhuatiri akan menyukarkan kerja-kerja siasatan dan baikpulih yang bakal dilakukan. Oleh yang demikian, murid-murid masih boleh membaca buku-buku cerita yang diletakkan di rak-rak buku yang terdapat di dalam kelas masing-masing. Segala kesukaran adalah amat dikesali.