Thursday, April 17, 2014

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR KALI KE-33 TAHUN 2014


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kali ke-33 bagi tahun 2014 akan diadakan seperti butiran berikut : -
Tarikh : 24 April - 4 Mei 2014
Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Penganjur : Oriental Business Link Sdn. Bhd.

Marilah beramai-ramai datang ke sana untuk mendapat buku-buku yang diminati pada harga yang berpatutan.

Sunday, April 6, 2014

PUSAT SUMBER SEKOLAH DIBUKA SEMULA

Setelah sekian lama ditutup, akhirnya Pusat Sumber SKS2BK telah dibuka semula. Penutupan pusat sumber adalah disebabkan oleh proses baik pulih yang dijalankan dari akhir tahun lepas. Sekarang proses baik pulih tersebut telah selesai sepenuhnya. Semua warga SKS2BK telah dibenarkan untuk menggunakan kemudahan pusat sumber tersebut. 

Bagi menyelaras penggunaan pusat sumber sekolah, Penyelaras PSS (Guru Media) telah menyediakan jadual penggunaan pusat sumber agar penggunaannya diselaraskan agar tidak berlaku kesesakan di dalam pusat sumber nanti. Selain daripada itu, murid-murid yang ingin meminjam bahan bacaan daripada pusat sumber boleh berbuat demikian pada waktu rehat.

Semoga dengan pembukaan pusat sumber sekolah ini dapat memberi manfaat kepada semua warga sekolah untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman. Optimumkanlah penggunaan pusat sumber ini sebaik mungkin.

Sunday, February 23, 2014

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM & PENERAPAN BUDAYA MEMBACA 2014

Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan semua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang bersesuaian. Matlamat program adalah untuk membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar.

Objektif program adalah seperti berikut : -

  1. Menjadikan murid banyak membaca.
  2. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
  3. Melahirkan lebih ramai golongan pelajar yang cintakan bahan bacaan.
Program NILAM SKS2BK telah dilancarkan pada hari Isnin (24/2/2014) yang dirasmikan oleh En. Mohamed Salem bin Fazal Deen (GPK Pentadbiran & Kurikulum). Guru yang bertanggungjawab melaksanakan program ini ialah Pn. Norrihan bt. Jalaluddin (Guru Media). Semoga dengan pelancaran program ini dapat menggalakkan lagi budaya membaca sehingga mencapai tahap tertinggi iaitu NILAM.

Sunday, January 19, 2014

BAIK PULIH PUSAT SUMBER

 Jubin-jubin lantai yang akan dipasang di PSS

 Jubin-jubin yang sedang dipasang di PSS

Peralatan-peralatan pemasangan jubin

Nota : Kawasan kaki lima PSS SKS2BK adalah kawasan larangan bagi 
semua warga SKS2BK sehingga proses baik pulih selesai.

Sunday, January 5, 2014

PENUTUPAN SEMENTARA PSS SKS2BK

Pusat Sumber SKS2BK akan ditutup buat sementara waktu. Penutupan ini bertujuan untuk proses membaikpulih pusat sumber yang memakan masa yang panjang. Proses membaikpulih tersebut adalah perlu untuk menjamin keselamatan dan keselesaan para pengguna. Ia melibatkan penukaran jubin lantai yang baharu bagi menggantikan jubin lantai yang telah pecah. 

Justeru itu, semua perkhidmatan yang berkaitan dengan pusat sumber akan ditangguhkan. Tarikh operasi pusat sumber sekolah akan diberitahu setelah segala proses baikpulih selesai. Pihak PSS SKS2BK memohon ampun dan maaf di atas kesulitan ini.