Thursday, December 26, 2013

JAWATANKUASA INDUK 2014

Pengerusi : Guru Besar
Naib Pengerusi : PK Pentadbiran
Naib Pengerusi 1 : Semua Penolong Kanan
Setiausaha : Pn. Norrihan bt. Jalaluddin
Naib Setiausaha : Pn. Rohaselina bt. Ramli

Ahli Jawatankuasa Kerja :
  1. Pn. Azura bt. Razali
  2. Pn. Siti Shahartini bt. Hanafi
  3. Pn. Salmah bt. Mohammad
  4. En. Mohd. Fadzli b. Mansor
  5. Pn. Azean bt. Othman
  6. Pn. Nasuha bt. Ariffin (Program Nilam)
  7. Semua Ketua Panitia

Thursday, December 12, 2013

JUALAN BUKU BIG BAD WOLF 2013



Pesta buku Big Bad Wolf kembali lagi dengan pelbagai jenis buku dan tawaran-tawaran yang lebih menarik. Terdapat lebih 3 juta naskhah buku untuk dipilih dengan diskaun di antara 75% hingga 95%. Diskaun tambahan 5% untuk pemegang kad kredit OCBC. Pesta ini akan dibuka selama 230 jam tanpa henti mulai 7 pagi pada 6 Disember 2013 sehingga 9 malam pada 15 Disember 2013 yang dibuka 24 jam sehari.

Pesta buku ini diadakan di Mines Convention Centre @ The Mines, Seri Kembangan. Pelbagai kemudahan untuk semua seperti surau, gerai-gerai makanan dan minuman dan banyak lagi. Datanglah beramai-ramai dan kunjungi pesta buku ini. Maklumat lanjut boleh dilayari di laman sesawang berikut : http://www.bigbadwolfbooks.com/

Tuesday, December 10, 2013

PERPUSTAKAAN BAYAN BESTARI


Perpustakaan Bayan Bestari adalah sebuah perpustakaan baharu yang diwujudkan oleh Dewan Bandaraya Petaling Jaya untuk kegunaan kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke bawah sahaja. Perpustakaan ini telah beroperasi mulai 3 Disember 2013. Sempena musim cuti sekolah ini, marilah beramai-ramai kita menambahkan pengetahuan dan pengalaman dengan membaca. Jadikan budaya membaca itu satu amalan. Berikut adalah butiran Perpustakaan Bayan Bestari, Petaling Jaya.

Had Umur
  • Kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah sahaja.
  • Kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke bawah perlu ditemani oleh ibu bapa atau penjaga berumur 12 tahun ke atas.

Masa Operasi
  • Hari : Selasa, Khamis dan Sabtu
  • Sesi Pertama : 10 - 12 tengah hari
  • Sesi Kedua : 2 - 4 petang

Bayaran
  • RM5 untuk setiap sesi

Maklumat lanjut boleh klik di sini.