Sunday, July 1, 2012

PESTA BUKU SELANGOR 2012

Pesta Buku Selangor 2012 sedang berlangsung. Butir-butir pesta buku tersebut adalah seperti berikut :
Masa : 10 pagi hingga 9 malam
Tarikh : 29 Jun - 9 Julai 2012
Tempat : Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)

Antara aktiviti yang menarik pada pesta tersebut adalah seperti Tokoh Pustakawan Selangor 2012, Tokoh Penulis Selangor 2012 dan Kempen 15 Minit Reading Break. Selain daripada itu, pihak penganjur juga mengadakan cabutan bertuah kepada semua pelanggan yang membuat belian di pesta tersebut. Jumlah pembelian mestilah melebihi RM30. Hadiah yang ditawarkan ialah sebuah iPad2. Pemenang akan diumumkan setiap hari pada jam 6.30 petang. Marilah kita beramai-ramai memeriahkan pesta ilmu tersebut. Moga kita mendapat manfaat daripadanya.

No comments:

Post a Comment