Friday, May 3, 2013

PESTA BUKU ANTARABANGSA KL AKAN DIBUKA SEHINGGA 4 MEI SAHAJA


KUALA LUMPUR - Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) hanya akan berlangsung sehingga 4 Mei (esok) untuk membolehkan pempamer dan petugas PBAKL menunaikan hak mengundi di kawasan masing-masing pada pilihan raya umum Ahad ini.

Pengerusi Jawatankuasa Seranta, Komunikasi dan Duta Buku Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Ishak Hamzah berkata waktu operasi untuk dua hari terakhir juga akan dilanjutkan dari pukul 9 pagi hingga 10 malam.


"Susulan daripada pilihan raya umum ke-13 yang berlangsung serentak dengan hari akhir PBAKL (5 Mei), Jawatankuasa Pengelola PBAKL ingin memaklumkan perubahan terhadap tarikh operasi. Ia hanya akan berlangsung sehingga 4 Mei, Sabtu sahaja," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama

Dipetik daripada Sinar Harian Online (3 Mei 2013)

No comments:

Post a Comment