Dimaklumkan bahawa bagi melancarkan urusan pinjaman buku oleh murid-murid di perpustakaan, pihak Pusat Sumber Sekolah akan melaksanakan penggunaan Kad Automasi bagi setiap murid. Sistem ini juga digunakan bagi memudahkan urusan Guru Penyelaras dalam proses tersebut.
Sehubungan dengan itu, semua murid Tahun 3 hingga Tahun 6 dikehendaki membeli kad tersebut dengan harga RM3.00 sekeping. Bayaran boleh dibuat melalui guru kelas anak tuan/puan masing-masing mulai 22 April 2013.
Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
No comments:
Post a Comment