Tuesday, December 10, 2013

PERPUSTAKAAN BAYAN BESTARI


Perpustakaan Bayan Bestari adalah sebuah perpustakaan baharu yang diwujudkan oleh Dewan Bandaraya Petaling Jaya untuk kegunaan kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke bawah sahaja. Perpustakaan ini telah beroperasi mulai 3 Disember 2013. Sempena musim cuti sekolah ini, marilah beramai-ramai kita menambahkan pengetahuan dan pengalaman dengan membaca. Jadikan budaya membaca itu satu amalan. Berikut adalah butiran Perpustakaan Bayan Bestari, Petaling Jaya.

Had Umur
  • Kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah sahaja.
  • Kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke bawah perlu ditemani oleh ibu bapa atau penjaga berumur 12 tahun ke atas.

Masa Operasi
  • Hari : Selasa, Khamis dan Sabtu
  • Sesi Pertama : 10 - 12 tengah hari
  • Sesi Kedua : 2 - 4 petang

Bayaran
  • RM5 untuk setiap sesi

Maklumat lanjut boleh klik di sini.

1 comment:

  1. Hi, can you please provide full address of the Perpustakaan Bayan Bestari? Thanks

    ReplyDelete