Thursday, December 12, 2013

JUALAN BUKU BIG BAD WOLF 2013



Pesta buku Big Bad Wolf kembali lagi dengan pelbagai jenis buku dan tawaran-tawaran yang lebih menarik. Terdapat lebih 3 juta naskhah buku untuk dipilih dengan diskaun di antara 75% hingga 95%. Diskaun tambahan 5% untuk pemegang kad kredit OCBC. Pesta ini akan dibuka selama 230 jam tanpa henti mulai 7 pagi pada 6 Disember 2013 sehingga 9 malam pada 15 Disember 2013 yang dibuka 24 jam sehari.

Pesta buku ini diadakan di Mines Convention Centre @ The Mines, Seri Kembangan. Pelbagai kemudahan untuk semua seperti surau, gerai-gerai makanan dan minuman dan banyak lagi. Datanglah beramai-ramai dan kunjungi pesta buku ini. Maklumat lanjut boleh dilayari di laman sesawang berikut : http://www.bigbadwolfbooks.com/

No comments:

Post a Comment