Tuesday, April 9, 2013

PEMASANGAN KOMPUTER KAUNTER PENDAFTARAN


Kaunter Pendaftaran PSS SKS2BK kini bertambah canggih dengan kehadiran 3 unit komputer peribadi. Kesemua unit komputer tersebut adalah komputer gunasemula yang diberikan oleh Unit ICT SKS2BK. Walaupun komputer tersebut adalah komputer gunasemula, ia telah diformat semula untuk disesuaikan untuk kegunaan PSS. Komputer tersebut akan digunakan untuk tujuan pendaftaran, pinjaman dan pemulangan buku-buku di perpustakaan.

Ini adalah penambahbaikan yang dibuat di PSS SKS2BK untuk tujuan pengautomasian pusat sumber. Selain daripada itu, ini adalah satu batu loncatan bagi PSS dalam mendapatkan penghargaan sempena Anugerah Kualiti di peringkat PPD Petaling Perdana. Dengan usaha semua pihak yang bersungguh-sungguh dapat membantu melonjakkan mutu perkhidmatan PSS kepada semua warganya. Semoga segala usaha yang dicurahkan dapat dimanfaatkan oleh semua warga SKS2BK.

No comments:

Post a Comment