Saturday, April 6, 2013

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2013


Pesta Buku Antarabangsa 2013 kembali lagi buat kali yang kedua setelah pertama kali diadakan pada bulan Januari yang lalu. Kemeriahannya tersohor seantero Malaysia. Pesta ini akan berlangsung sekali lagi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Ia akan berlangsung bermula pada 26 April sehingga 5 Mei 2013. Jadi, janganlah lepaskan peluang ini untuk hadir bersama ahli keluarga, sahabat handai dan teman-teman bagi memeriahkan lagi pesta tersebut. Marilah kita bersama-sama memilih dan mendapatkan buku-buku yang menarik pada harga yang berpatutan. 

Dapatkan potongan harga yang diberikan oleh syarikat-syarikat penerbitan buku pada pesta tersebut. Jangan lupa dapatkan tandatangan penulis-penulis terkemuka serta bergambar bersama-sama penulis, pelukis dan karektor kartun seperti Upin & Ipin dan beberapa karektor kartun yang seangkatan dengannya. Kepada adik-adik jangan lupa mencatat bahan bacaan adik-adik ke dalam buku NILAM sebagai bukti yang adik telah membaca buku-buku yang telah dibeli. Marilah sama-sama kita membudayakan amalan membaca kerana membaca itu jambatan ilmu.

Maklumat lanjut berkaitan pesta buku tersebut, sila layari laman sesawang di bawah :
http://www.pwtc.com.my/

No comments:

Post a Comment